Sunday, 10 April 2011

ayAm gOrEnG kAy FC


Bahan Yang Diperlukan ialah:

# Tepung Goreng Serbaguna (ada di jual) - 2 cawan 
 Rempah Kari  -  2 sudu
# Telur Ayam - 2 biji (di pukul)
# Minyak utk menggoreng

Cara Membuatnya:

* Perapkan ayam dengan telur yang telah dipukul
* Campurkan rempah kari dengan tepung serbaguna
* Golekkan ayam pada tepung
* Panaskan minyak
* Setelah minyak panas, goreng ayam sehingga kuning keemasan

* SELAMAT MENCUBA

Thursday, 7 April 2011

Bihun Goreng Asmara


BaHan-BahaNnya:
  • 1 bungkus Bihun (di rendam sehingga lembut)
  • 1 biji Bawang Besar *
  • 3 ulas Bawang putih *
  • 2 sudu Cili Kisar
  • 2 sudu Sos Cili
  • 2 sudu Sos Tomato
  • 2 sudu Sos Tiram
  • 1 mangkuk kecil kubis
  • 1 mangkuk kecil taugeh
  • 1 mangkuk kecil ayam (di potong dadu)
  • Garam
Bahan yang bertanda * hendaklah di kisar

Cara Membuatnya:
  • Panaskan minyak, tumiskan bahan yang telah di kisar (bawang besar + bawang putih) sehingga naik bau, selepas itu masukkan cili kisar...
  • Setelah cili garing masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram, kacau sehingga sebati
  •  Masukkan ayam yg telah di potong dadu, kacau...
  • Apabila ayam masak masukkan garam secukup rasa
  • Masukkan bihun, gaul sebati...
  • Akhir sekali masukkan sayur kubis dan taugeh (jgn masak sampai sayur layu)...
  • Siap...ape tunggu lagi, jom la kiter makan....

Monday, 4 April 2011

Nasi Goreng Berlada


Bahan-bahannya:
  • Nasi Putih - 3 cawan
  • Kacang panjang - 3 batang (di potong kecil)
  • Bawang Putih - 1 ulas (di cincang)
  • Bawang Kecil - 2 biji (di hiris)
  • Fishcake - 1 potong (di potong nipis) 
  • Cili kisar - 2 sudu
  • Minyak - 2 sudu
  • Garam
Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak, masukkan bawang putih yang telah dicincang dan bawang kecil yang telah di hiris, masak sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar, masak sehingga cili garing
  3. Masukkan fishcake dan garam secukup rasa. kacau rata
  4. Akhir sekali, masukkan nasi dan kacang panjang. gaul rata...selamat mencuba~

PasTa MeatBalls Prego

                                                    BaHaN-BaHaNnYa:
  • 1 Botol sos Prego                        
  • 1 Bungkus Pasta                          
  • 1/2 bungkus Daging                     
  • 2 sudu planta                               
  • 1 paket meatballs                        
                                                        CaRa-CaraNya:


  • Didihkan air, masukkan 1 sudu planta dan rebus Pasta. angkat setelah pasta lembut
  • Didihkan air dan rebus meatballs

  • Panaskan kuali, masukkan 1 sudu planta dan daging cincang, kacau sehingga daging masak.
  • Setelah daging masak, masukkan sos Prego, kacau sehingga sos mendidih


  • Setelah itu, hidangkan pasta bersama meatballs dan sos Prego...selamat mencuba~nyum-nyum-nyum