Thursday, 7 April 2011

Bihun Goreng Asmara


BaHan-BahaNnya:
  • 1 bungkus Bihun (di rendam sehingga lembut)
  • 1 biji Bawang Besar *
  • 3 ulas Bawang putih *
  • 2 sudu Cili Kisar
  • 2 sudu Sos Cili
  • 2 sudu Sos Tomato
  • 2 sudu Sos Tiram
  • 1 mangkuk kecil kubis
  • 1 mangkuk kecil taugeh
  • 1 mangkuk kecil ayam (di potong dadu)
  • Garam
Bahan yang bertanda * hendaklah di kisar

Cara Membuatnya:
  • Panaskan minyak, tumiskan bahan yang telah di kisar (bawang besar + bawang putih) sehingga naik bau, selepas itu masukkan cili kisar...
  • Setelah cili garing masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram, kacau sehingga sebati
  •  Masukkan ayam yg telah di potong dadu, kacau...
  • Apabila ayam masak masukkan garam secukup rasa
  • Masukkan bihun, gaul sebati...
  • Akhir sekali masukkan sayur kubis dan taugeh (jgn masak sampai sayur layu)...
  • Siap...ape tunggu lagi, jom la kiter makan....

No comments: