Wednesday, 13 July 2011

Ikan kayu masak hailam

                              BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

* 3 ekor ikan kayu ( dibelah kecil )
* 3 sudu kecil kunyit
* 3 sudu makan kicap masin kipas udang
* 1 biji cili merah ( di hiris nipis )
* 1 biji bawang besar ( di belah 6 )
* 2 sudu makan cili boh
* 1 inch halia ( di hiris nipis )
* 2 ulas bawang putih ( di potong kecil )
* Minyak utk menggoreng ikan 
                                  
                                CARA MEMASAKNYA

1. Bersihkan ikan dan lumurkan kunyit. Panaskan minyak, kemudian goreng ikan sehingga garing...

2. Keluarkan sedikit minyak, agak2 cukup utk menumis...so ape lagi tumiskan bawang putih dan halia yg telah di hiris..jgn lama sgt sebab bawang putih kalau di tumis cpt hanget...pastikan pandai control api...

3. Masukkan cili boh, tunggu sehingga pecah minyak...kacau jgn tak kacau...

4. Apa tunggu lagi...terjunkan ikan kayu, kicap, cili besar dan bawang besar...kacau lagi sehingga sebati ikan di dalam kuali.

5. Rasa dulu kalau tawar, lebihkan kicap...kalau masin, kurangkan kicap...so simple.....:)

5. Siap....boleh di hidangkan...



Wednesday, 6 July 2011

Tempoyak pucuk Ubi


wah sedapnya...

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

1. Daun pucuk ubi ( 2 ikat )
2. Serai 5 batang ( dihiris nipis )
3. Daun kunyit ( 3 helai )
4. Petai 5 papan ( di buang kulit )
5. Tempoyak 6 sudu makan
6. cili padi 15 biji
7. Bawang Besar 2 biji
8. sedikit halia dan kunyit hidup
9. Santan ( 1biji kelapa )
10. udang 10 ekor
11. Garam

CARA MEMBUATNYA:

1. Didihkan Santan, kacau santan jgn bg pecah minyak

2. Kisar lumat bahan 5, 6, 7 dan 8...kemudian terjunkan bersama santan di dalam periuk

3. Setelah mendidih, masukkan bahan 1, 2 dan 3...jgn lupa masukkan petai dan 10 ekor udang

4. Kacau dan masukkan sedikit garam

Tuesday, 7 June 2011

udang sambal


  

  Bahan- bahan yang di perlukan:
  • 1/2kg udang
  •  Bawang Merah - 5 labu (di kisar)
  • Bawang Putih - 3 ulas (di kisar)
  • Cili kisar
  • Bawang Besar - 1 labu (di hiris)
  • Air asam jawa - 3sudu mkn
  • Minyak
  • Garam
  • Gula
Cara-cara Membuatnya:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan cili kisar...biarkan cili masak sampai garing dan pecah minyak...
  2. Bila cili da masak masukkan air asam jawa, garam dan gula, kacau hingga sebati
  3. Masukkan udang dan bawang besar yg telah dihiris...
  4. Da siap pon sambal udang

Petola dan fuchuk tahu masak manis




Bahan-bahan yang diperlukan:

* Petola - 1 biji
* Bawang kecil - 2 labu
* Bawang Putih - 2 ulas
* Suun & Tahu - 1 paket
* Udang Kertas - 10 ekor
* Ikan Bilis - 10 ekor
* Air - 2 cawan
* Garam
* Minyak

Cara memasaknya:
- Tumbuk bawang kecil,bawang putih dan ikan bilis...selepas itu panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk dan udang yang telah dibersihkan. apabila bahan tersebut garing, masukkan air...tunggu sehingga air mendidih, selepas itu masukkan sayur petola, tahu dan suun..akhir sekali masukkan garam secukup rasa. sedia untuk dihidang....


Monday, 16 May 2011

Tom Yam Sayur

Bahan-Bahannya ialah:

% Perencah Tom Yam (NN gunakan perencah Tom Yam Putih) - 1 Paket
% Bawang Besar - 1 Biji (di potong 4)
% Lobak Merah
% Kubis
% Bunga Kubis
% Jagung Muda
% Cendawan
% Limau (ambil airnya)
% Cili Padi (di ketuk kalau nak pedas)
% 1 Mangkuk air

Cara membuatnya:

% Masukkan perencah Tom Yam di dalam air dan didihkan air
% Setelah air mendidih masukkan cili padi, lobak merah, kubis, bunga kubis, jagung muda dan cendawan
% Masukkan perahan limau dan letakkan garam secukup rasa.
% Pastikan masak sayur jgn terlalu lama....

Stim Fish syada


Bahan-bahannya:


Bawang Merah - 2 biji
Bawang Besar - 1 biji
Bawang putih - 3 biji
Halia - 1 inci
Cili Besar - 1 biji

semua bahan-bahan ini di hiris


sour plum - 3 biji


ikan siakap ( di bersihkan)
garam secukup rasa

Cara membuatnya:

Campurkan kesemua bahan dan lumurkan ke atas ikan
letak kan garam secukup rasa
picitkan sour plam
kukus ikan sehingga masak


da siap pun, stim fish....jom makan, eh macam da ade org cubit tu....yg tu NN nk tgk da msk ke blm..


Sunday, 10 April 2011

ayAm gOrEnG kAy FC


Bahan Yang Diperlukan ialah:

# Tepung Goreng Serbaguna (ada di jual) - 2 cawan 
 Rempah Kari  -  2 sudu
# Telur Ayam - 2 biji (di pukul)
# Minyak utk menggoreng

Cara Membuatnya:

* Perapkan ayam dengan telur yang telah dipukul
* Campurkan rempah kari dengan tepung serbaguna
* Golekkan ayam pada tepung
* Panaskan minyak
* Setelah minyak panas, goreng ayam sehingga kuning keemasan

* SELAMAT MENCUBA

Thursday, 7 April 2011

Bihun Goreng Asmara


BaHan-BahaNnya:
  • 1 bungkus Bihun (di rendam sehingga lembut)
  • 1 biji Bawang Besar *
  • 3 ulas Bawang putih *
  • 2 sudu Cili Kisar
  • 2 sudu Sos Cili
  • 2 sudu Sos Tomato
  • 2 sudu Sos Tiram
  • 1 mangkuk kecil kubis
  • 1 mangkuk kecil taugeh
  • 1 mangkuk kecil ayam (di potong dadu)
  • Garam
Bahan yang bertanda * hendaklah di kisar

Cara Membuatnya:
  • Panaskan minyak, tumiskan bahan yang telah di kisar (bawang besar + bawang putih) sehingga naik bau, selepas itu masukkan cili kisar...
  • Setelah cili garing masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram, kacau sehingga sebati
  •  Masukkan ayam yg telah di potong dadu, kacau...
  • Apabila ayam masak masukkan garam secukup rasa
  • Masukkan bihun, gaul sebati...
  • Akhir sekali masukkan sayur kubis dan taugeh (jgn masak sampai sayur layu)...
  • Siap...ape tunggu lagi, jom la kiter makan....

Monday, 4 April 2011

Nasi Goreng Berlada


Bahan-bahannya:
  • Nasi Putih - 3 cawan
  • Kacang panjang - 3 batang (di potong kecil)
  • Bawang Putih - 1 ulas (di cincang)
  • Bawang Kecil - 2 biji (di hiris)
  • Fishcake - 1 potong (di potong nipis) 
  • Cili kisar - 2 sudu
  • Minyak - 2 sudu
  • Garam
Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak, masukkan bawang putih yang telah dicincang dan bawang kecil yang telah di hiris, masak sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar, masak sehingga cili garing
  3. Masukkan fishcake dan garam secukup rasa. kacau rata
  4. Akhir sekali, masukkan nasi dan kacang panjang. gaul rata...selamat mencuba~

PasTa MeatBalls Prego

                                                    BaHaN-BaHaNnYa:
  • 1 Botol sos Prego                        
  • 1 Bungkus Pasta                          
  • 1/2 bungkus Daging                     
  • 2 sudu planta                               
  • 1 paket meatballs                        
                                                        CaRa-CaraNya:


  • Didihkan air, masukkan 1 sudu planta dan rebus Pasta. angkat setelah pasta lembut
  • Didihkan air dan rebus meatballs

  • Panaskan kuali, masukkan 1 sudu planta dan daging cincang, kacau sehingga daging masak.
  • Setelah daging masak, masukkan sos Prego, kacau sehingga sos mendidih


  • Setelah itu, hidangkan pasta bersama meatballs dan sos Prego...selamat mencuba~nyum-nyum-nyum

Thursday, 24 March 2011

SaRdiN mARinA BeacH



Bahan-bahannya ialah:
  • 1 Tin Sardin Marina
  • 1 labu bawang besar
  • 3 labu bawang kecil *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 5 biji cili padi *
  • 5 sudu air asam jawa
  • garam
* hendaklah di kisar

Cara-cara membuatnya:
  • Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan yang telah di kisar sehingga garing
  • Setelah garing, masukkan 1 tin sardin, air asam jawa dan garam secukup rasa
  • Tunggu sehingga mendidih, selamat menjamu selera

Wednesday, 23 March 2011

Nasi Goreng Pulmonar


Bahan-bahannya:
  • Nasi Putih - 3 cawan
  • Kacang panjang - 3 batang
  • Sotong - 3 ekor
  • Cili Padi - 5 biji *
  • Cili besar - 1 biji *
  • Bawang Putih - 1 ulas *
  • Bawang Kecil - 3 biji *
  • sedikit belacan *
  • Telur ayam - 1 biji
  • Minyak masak - 2 sudu
  • Garam
  • Ikan bilis goreng
  • semua yg bertanda * hendaklah di kisar
Cara-cara membuatnya:
  • Tumiskan bahan yang telah di kisar hingga garing, masukkan sotong dan kacau
  • Setelah sotong masak, Pecah kan telur ayam dan kacau hingga rata
  • Masukkan kacang panjang yang telah di hiris kecil (lebih kurang 1cm) jgn di biarkan lama
  • Masukkan garam secukup rasa dan akhir sekali masukkan nasi
  • Jangan lupa taburkan ikan bilis ranggup....sedia untuk di makan

Thursday, 10 March 2011

SaMbaL IkaN BiLiS


Bahan-bahannya:
  • Ikan bilis - 1 genggam
  • Bawang Merah - 5 labu (di kisar)
  • Bawang Putih - 3 ulas (di kisar)
  • Cili kisar
  • Bawang Besar - 1 labu (di hiris)
  • Secubit asam jawa (3 sudu)
  • Minyak
  • Garam
  • Gula
Cara-cara Membuatnya:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan cili kisar...biarkan cili masak sampai garing dan pecah minyak...
  2. Bila cili da masak masukkan air asam jawa, garam dan gula, kacau hingga sebati
  3. Masukkan ikan bilis dan bawang besar yg telah dihiris...
  4. Da siap pon sambal ikan bilis 

Monday, 28 February 2011

BURGER MALAYSIA

Morning...ari ni NN nak share pd semua 'burger malaysia comey'....


..alkisah tentang yis, ari tu NN pergi my mydin kat saujana utama then ternampak yis, so NN belilah.NN tak rancang pon nak buat 'burger malaysia' hihihi..ermm biasanya NN guna mauripan, bau dia best ckt...hihihiii apa kata kita try guna yis...

yis + gula + Air (mengikut tepung)...ha tgk tu yis yg NN rendam da naik..:) lapisan atas tu adalah yis (kepada sesiapa yg tak pernah tgk yis)...lapisan bwh pula adalah air...


dalam masa yg sama NN masak sambal ikan bilis. NN paling suka kalau burger malaysia ni banyak sambal..ermmmm kalau beli kat luar biase nye sambal tu die sapu mcm jem je...NN taulah mereka berniaga tp biarlah berkualiti sikit, tak rugi pon kalau letak banyak, kalau sedap bole dtg beli lg...betul tak????


hahaha...kalau nk tau ikan bilis ni mak mertua NN yg bagi, made in lumut...baikkan mak mertua NN :)...dia tau NN paling suka makan sambal ikan bilis, teringat zaman sekolah dok asrama...bila nk blk asrama mesti mak NN bekalkan sambal ikan bilis...nyum...nyum lg pedas lg NN suka...:)


ha da siap pun sambal ikan bilis NN...NN masak sampai cili die garing & pecah minyak...kalau nk sedap, boleh masukkan hirisan bawang besar...tak sabarnye NN nk makan 'burger malaysia' dengan puasnya....nyum,nyum...


banyak ni tepung yang NN buat... rase2 nye cukup tak..jap NN kira (ermmm NN nak bg mak mertua NN-7biji), (hubby & his fren-14 biji) yg lebih tu NN nak makan...ngeh3....


lenguhnye tangan NN menguli tepung ni...doh ni NN da bancuh dgn yis yg NN rendam td..so semuanya banyak ini...banyak kan...x sabarnye NN nak buat bulat2...dan goreng...:)


ha da siap pun 'burger malaysia' NN...tp ini belum siap sepenuhnye...
sabar ye...lepas ni NN nak sumbatkan sambal ikan bilis & timun...wow sedapnye....:)


tgk tu 'burger malaysia' NN da siap...nampak tak NN sumbatkan banyak sambal...wow sedapnya...kepada kawan yg nak rase 'burger malaysia' NN...NN boleh buatkan...:) x mahal pon...5 biji- RM2...jgn lupe contact NN...nyum3....5-rm2, 5-rm2...mari3....